janji syaitan itu untuk menyesatkan anak anak Adam hingga ke hari ini tidak pernah berhenti. Bila diketahui tiada keuntungan untuk mereka di akhirat kelak, bersungguh sungguh mereka tanpa pernah atau sedikit zarah pun mahu berputus asa.
jangan disangka selepas perkahwinan terselamat lah kita dari tipu daya mereka. Walaupun syaitan syaitan ini menangis, meraung menyambut hiba berita perkahwinan tetapi pastinya mereka sedang bersiap sedia mengubah rancangan dan melancarkan operasi baharu yang lebih gila. Maka terlihatlah kita manusia yang bercerai berai, terjerumus ke maksiat dan sebagainya.
Jangan sampai penyesalan yang menjadi rengekan kita di kemudian hari. Rumah tangga yang di bina setelah sekian lama dan cinta yang disuburkan bertahun tahun dulu tinggal musnah di depan mata.
Hanya solat dan jalan jalan mengingati Tuhan yang mampu menghindarkan kita dari masalah dan kemelut ini. Malah ia terus dapat menghancurkan segala gerak kerja syaitan durjana.
p/s: Oh Tuhan, berikanlah kebahagiaan dalam rumahtanggaku dan kurniakan aku zuriat yang mendirikan solat.
No comments:
Post a Comment