Kadang kadang disebabkan kekurangan pengalaman / pendedahan dalam situasi situasi tertentu, manusia tend to cepat give up untuk menukar arah / mencari sesuatu yang lain / baru. Pada hemat kita, situasi itu tidak sesuai dan bukan untuk kita. Sebenarnya, ada banyak benda yang boleh teroka jika kita betul betul bersabar dan belajar untuk sukakan ia.
Pengalaman penulis dalam beberapa siri persahabatan bola sepak menyaksikan management satu pasukan yang kerap melakukan pertukaran posisi bagi seorang pemain. Midfielder, Winger kemudian RB, lalu menyaksikan pemain tersebut itu sendiri kurang menyinar dalam menunjukkan kebolehan sebenar.
Begitu juga dalam alam pekerjaan yang dihadapi oleh setiap dari anda yang bekerja. Karenah rakan sekerja yang suka ikut kepala sendiri dan tidak mahu bekerjasama merunsingkan lalu timbul kemahuan / kehendak mahu tukar kerja lain.
Dan bila kita mengambil keputusan untuk menukar arah ke jalan yang baru rupa rupanya kita masih berhadapan dengan situasi situasi yang sama seperti yang lama. Sangka sangka kita meleset, perubahan yang kita harapkan tidak terjadi. Gara gara ketamakan / ketidaksabaran diri sendiri.
Teringat seorang sahabat pernah berkata "jangan buat sesuatu yang kau tak biasa buat"
Belajar dan waspada !
No comments:
Post a Comment