Cehhhh. kengkonon tajuk bahasa english. padahal saje nak tarik readers through seo. ekekeke.
dalam hadis 40, hadis pertama sekali disebut tentang niat. terjemahannya 'setiap amal bermula dengan niat'. Dalam hidup kita perlulah sentiasa menyemak niat kita. Dalam jauh perjalanan kehidupan yang telah kita lalui, jangan lupa berbalik kepada niat yang mula mula telah kita timbulkan dalam hati. Kalau tidak segala perkara dan laluan yang hendak kita kecapi akan tersasar atau terpesong.
Bila cakap pasal niat, teringat satu cerita. "Waktu itu tahun pertama atau tahun kedua dalam pengajian di bumi asing ini. Bertekadlah seorang anak muda mahu menyimpan rambut supaya panjangnya mencecah paras bahu, demi kecintaannya dan kasihnya kepada sunnah Rasulullah. Dalam beberapa riwayat boleh rujuk di sini dan sini. Dan tahun demi tahun berlalu, anak muda tadi akhirnya berjaya mendapatkan rambut seperti idolanya; betul betul hujung rambutnya berada di paras bahu. Gembira tidak kepalang kerana berjaya menyemai salah satu sunnah dalam jiwa dan dirinya. Akan tetapi kealpaan dan betapa lemahnya seorang manusia, anak muda itu taksub pada rambut sendiri dan mahu menyimpan rambut supaya lebih panjang lagi. Rambut yang panjang itu pula, diluruskan malah di fesyenkan dengan fesyen fesyen rambut ala ala rasta/jamaica seperti cornrow dan dreadlock. Lupa. Dia lupa apa niat utama dia dalam menyimpan rambut."
Niat yang tersasar boleh berlaku dalam mana mana kondisi atau kepada sesiapa sahaja.
Begitu juga dalam satu satu perjuangan. Sebagai contoh Nuar (bukan nama sebenar) mengidamkan satu negara yang aman, bebas dari permainan kotor politik dan keadilan. Maka bercita citalah dia mahu terjun ke dalam bidang politik dan membetulkan kembali semua kelemahan sistem yang ada. Tahun demi tahun dia masih belum berjaya, dan itu membuatkan dia lebih eager/semangat untuk terus berjuang. Apabila terlalu lama dalam satu perjuangan terkadang dia terlupa pada niat asalnya. Tumpuannya kini adalah untuk meraih kemenangan walau dengan apa jua cara sekalipun. Maka berlakulah kerosakan yang memberi kesan kepada diri sendiri dan orang lain. Kita doakan moga Nuar terus tetap dengan niatnya yang utama.

Begitu juga dalam perkahwinan, sewaktu menghadapi karenah isteri yang tidak disukai, sudah bosan, leteran demi leteran mereka dan perangai anak anak yang tidak pernah selesai. Saat itu, lihat kembali kepada niat utama, "kenapa kita mahukan perkahwinan di tempat pertama (in the first place)"
Kalau niat yang baik, Inshaallah beroleh pengakhiran yang baik. Tapi mesti disusuli dengan muhasabah dan kembali kepada niat yang sebenar.
Wallahualam.
Hayati!
No comments:
Post a Comment