Tuesday, May 28, 2013

Berkelana

Satu masa dahulu aku pernah jatuh. Jatuh yang tak dapat orang lain bayangkan yang lelaki sekuat aku ini mampu tersungkur. Jatuh yang entah dari mana datangnya menghempuk tubuh hingga parah tidak mampu bangun semula. Ketika itu, aku berputus asa dan cuma mampu berserah sahaja.
Macam Kingslayer dalam Game of Thrones, sekuat mana dia sebagai seorang Knight akhirnya dia ditangkap dan dipotong tangannya oleh seorang ketua biasa.
Itu cerita aku. Aku tak tahu cerita kamu, tapi aku yakin kamu juga pernah tersungkur dan masih tercari cari jalan untuk kembali berdiri dan terus kuat.

Waktu aku tersungkur dulu, hati aku tergerak selepas terlihat satu quote dari Imam Shafie yang maksudnya lebih kurang begini: "pergi lah musafir dari satu kota ke kota lain dan mengenal dirimu." Itu yang aku lakukan. Aku keluar sebentar dari norma kehidupan aku, ponteng beberapa kelas dan keluar seorang diri membawa hati yang duka. 

Apa yang bakal aku temu? Apakah nanti kelana aku ini akhirnya sia sia dan bakal kembali kepada kehidupan yang sama? AHHHHHH! aku berteriak. "Apa mahu jadi, jadilah. yang penting aku sudah sampai." Akhirnya setelah seminggu aku berkelana, aku kembali sebagai seorang manusia yang baru. Aku berjaya mengenal diri, mengenal apa fungsi kewujudan setiap setiap mahkluk atas muka bumi ini.

Sepanjang kelana, aku banyak berkomunikasi dengan strangers. Melembutkan lidah dan cuba mengenal perwatakan manusia, dan indahnya aku disambut mesra. Langsung jadi teman sekelip mata. 
Ditemani haiwan haiwan dan pantai serta permandangan yang meluas aku duduk seorang diri, merenung sejauh jauhnya. Berfikir dan berfikir, cuba mencampakkan segala masalah aku dalam lautan yang membiru itu. Dalam kepekatan malam, aku membisik dan mengadu masalah pada ombak. Buat aku tenang dan sesekali bunyi desir ombak dan bayu menyambut dan menasihati sedaya mampu.

Aku cuba segala perkara yang menjadi fear aku satu masa dahulu. Atasi setiap kelemahan yang mengikat jiwa. Berani bertarung dengan air yang dalam demi menikmati keindahan yang tersembunyi di dasarnya.  Bertarung dengan ketinggian yang menakutkan. Berseorangan ibarat dalam kubur kesunyian.
Indahhhh. Maha Suci Tuhan. 

Aku bersyukur kerana Tuhan ilhamkan aku untuk menurut kata hati dan berkelana. Berkenal kenal manusia baru, mencuba perkara / aktiviti baru, mengatasi setiap kelemahan dan kembali menjadi seorang manusia baru yang hebat.

"What is dead may never die, but rises again harder and stronger"





No comments: