Bila kita berbicara tentang kehidupan, pasti berkait dengan lemahnya seorang insan itu yang seringkali membuat kesilapan. Sebab segala benda yang ada kat dunia nih yang dicipta Tuhan, kita;manusia sahaja ciptaanNya yang selalu lupa. Lupa yang membawa kepada silap.
Bagi mereka yang percaya kepada kehidupan selepas kehidupan di dunia, silap itu dikaitkan dengan dosa. Dosa yang akan di timbang tara sama ada jatuh ke dalam lubang neraka atau selamat di taman syurga. Lalu bertungkus lumus sekalian manusia untuk cuba cuba menjauhi dosa agar nanti bahagia di kehidupan sana.
Dalam kesibukan kadang kala kita terlupa lagi, lalu terjatuh semula ke dalam lubang hina. Jadi bagaimana untuk terus pastikan yang kita selalu kuat untuk melakukan hijrah dari satu satu keburukan kepada kebaikan?
1. Taubat
Awal mula pertama mula. Bertaubatlah dan menyesali segala dosa dosa lama. Walau kita kembali melakukan kesilapan dan dosa, taubatlah lagi tanpa jemu seperti mana Tuhan tidak pernah jemu untuk memandang wajah kita dan mengampunkan segala dosa. Niat untuk meninggalkan perkara dosa perlu ditetapkan agar nanti Taubat nasuha dapat dicapai dan bukan Taubat caca merba terpakai.
2. Rumah Tuhan
Rumah Tuhan itu rumah yang didamba setiap hamba yang benar benar cinta pada Pencipta. Tempat yang tenang sekali melihat anak anak kecil mengambil kitab lalu membaca dengan fasih. Borak dua pemuda dengan wajah bercahaya sambil bibir terhambur kalimat kalimat yang memuji Tuhan. Kunjungilah rumah Tuhan, cukupkan fardhu yang lima di rumahnya. Saat hati kau terikat, kau pasti merapat.
3. Kitab Suci
Kitab suci Al Quran kurniaan Tuhan satu mukjizat buat Nabi Muhammad S.A.W. Peliharalah kitab itu dengan membacanya. Lagukan seperti kau nyanyikan lagu lagu jazz kegemaranmu di rumah. Fahami setiap ayat dengan membaca tafsir, agar kau mendapat ibrah (pengajaran) daripadanya. Hafal lah ayat ayat dari kitab suci buat pegangan waktu kau menjauh dengan kitab itu. Paling mudah mulalah menghafal juz ke 30, dan selanjutnya. Sekalipun tidak mahu membaca, cukuplah mendengar alunan alunan suci itu.
4. Majlis Ilmu
Ambil bahagian. Mengapa perlu malu untuk hadir ke majlis majlis ilmu? takut dikutuk baik/alim. Benarlah kata Rasulullah; "Islam itu datang dalam keadaan yang asing dan akan kembali dengan keadaan yang asing." Selagi berpeluang kautlah sebanyak ilmu agama yang dapat kau perolehi. Ilmu itu akan jadi penyelamat saat kau dilemma antara kebaikan dan kejahatan. Lagipun Majlis Ilmu kini semakin meriah dengan kehadiran pendakwah pendakwah yang sempoi.
5. Muhasabah Diri
Muhasabah diri itu penting. Dituntut setiap 30 minit kita muhasabah diri akan segala kesilapan yang kita sedar ataupun tidak sedar. Muhasabah itu penting sebagai post mortem agar yang buruk dapat ditinggalkan dan baik itu dapat dipertingkatkan.
Moga Tuhan permudahkan setiap usaha usaha kamu untuk kembali kepadaNYA.
Note: Catatan di atas hanyalah dari pengalaman penulis. Untuk tips atau ilmu yang lebih lanjut sila merujuk kepada pakar pakar agama.
No comments:
Post a Comment