Monday, April 29, 2013

Nikmati Dugaan Itu


expose yourself to your deepest fear; 
after that fear has no power 
and the fear of freedom shrinks and vanishes. 
\You are free.

kata kata di atas ada benarnya. beerti keluar dari ruang selesa dan menghadapi segala ketidakselesaan yang bakal menggusarkan dan menempelak hati sehari hari.  Merasai sendiri bagaimana berdepan dengan kerunsingan siang dan malam. tidak tenteram, jatuh sakit, gundah gulana jadi kawan setia. Tiada apa boleh dilakukan selain berharap Tuhan kabulkan permintaan untuk tunjukkan jalan keluar yang lebih indah.

Yang indahnya, selepas keluar dari kesusahan itu yang gembira dan bahagia sahaja datang jadi teman sepenuh masa. Ketawa, senyum dan masalah masalah kecil yang datang tidak jadi satu perkara besar malah berjaya diselesaikan dengan sentuhan mudah. nikmat itu tidak terhitung kesyukurannya. sehinggakan satu masa kau rasa hidup kurang mencabar dan terasa bosan kerana tiada dugaan yang datang memberi gundah.

nikmati dugaan itu dengan tenang, hayati kesusahan itu sebaik baiknya dan belajar setiap satu daripadanya.
Masa sentiasa tepat untuk selesaikan segala dugaan dan bawa kau keluar, bebas terbang meninggi di awanan. Nikmat yang pasti tak terjual di kedai emas sekalipun.


No comments: