Thursday, March 21, 2013

Kita si Kecil yang Tidak Tahu


Ingat tak lagi masa kecik kecik dulu? Masa kita mintak mainan kat mak ayah. Kawan kawan kita semua ada playstation, gameboy, digimon, patung cosplay, transformers dan lain lain. Kita pun teringin hendak memiliki benda yang sama lalu kita sampaikan hajat pada mak ayah kita. Tapi mak ayah tak setuju, mereka tak mahu belikan. Ada saja alasan yang mereka beri "nanti tak belajar", "lalai" dan lain lain. Kita merajuk, menangis sorang sorang dalam bilik, tak nak jumpa mak ayah tak nak tegur mereka. Mereka biarkan sahaja kita melayan rasa merajuk seorang diri, tapi dalam masa yang sama dia menjenguk kita hari hari. Minggu demi minggu masa pun berlalu, banyak benda yang berlaku buat kita terlupa keinginan kita, hari demi hari kita tak terfikir pun mahu minta mak ayah suruh belikan kita mainan kegemaran kita lagi.
Sekarang kita dah besar, masuk universiti / dah kerja, dan ada satu masa kita terfikir balik dan bersyukur sebab dulu mak ayah tak layan permintaan kita. Kalau tak mesti kita tidak boleh berada di mana kita berada sekarang. Kalau tak mungkin kita tak sehebat hari nih. Kita bersyukur mak ayah tak layan keinginan kita yang hanya materialistik, sekaligus tak mengajar kita bahawa semua benda yang kita mahu boleh dapat macamtuh je. Kena usaha sendiri nak dapatkannya. Mata kita tak kabur dek kebendaan, mak ayah ajar kita hidup sederhana dan hari ini kita boleh survive dalam mana mana situasi pun...
Kita sangat bersyukur. Rupanya mereka lebih banyak makan garam dan lebih tahu dari kita.

Begitu juga bila kita ditimpa kedukaan dalam hidup. Rasa sedih, setiap hidup kita ada sahaja yang tak kena. Kita mengadu pada Tuhan, kenapa aku ditimpa hidup seperti ini. Sudahlah jatuh ditimpa tangga pula. Kenapa manusia lain yang lebih teruk dari kita tapi hidup mereka sangat senang dan selesa. Setiap hari kita tanya pada Allah kenapa, mengapa Tuhan tak mahu layan permintaan kita, tak mahu mendengar doa kita. Kita dah cuba jadi hambaNya yang terbaik, menjaga diri dari perkara yang ditegahnya tapi kenapa dia tetap menurunkan bala untuk kita. Sampai satu masa kita merajuk dengan Allah, kita mula menjauhkan diri dari Allah. Tapi sifat Ar Rahman dan Ar Rahim Allah tidak mengenal manusia. Dia biarkan kita sendiri tapi dalam masa yang sama Dia melihat dan menjenguk kita setiap masa. 
Tahun demi tahun berlalu, masa demi masa berlalu hari ini kita sudah dewasa dan matang. Satu masa yang tenang kita terfikir semula dan bersyukur sebab Allah tak kabulkan permintaan kita yang lebih dipengaruhi emosi satu masa dahulu, disebabkan terhimpit kesusahan lalu kita bertindak memaksa Allah mengabulkan semua doa kita dan memaksa Allah supaya menunjukkan jawapan di atas kesulitan kita pada masa itu juga.
Kita bersyukur kalau Allah kabulkan doa kita pada masa itu pasti kita tak akan jadi hebat seperti hari ini. Kalau kesulitan itu tidak berlaku, pasti hari ini kita tak mampu berkongsi dengan manusia lain dan membantu manusia lain menyelesaikan masalah mereka. Kalau perkara dulu tak terjadi pasti kita tidak akan dapat tersenyum membantu orang lain tersenyum. Kalau itu tidak berlaku sudah tentu kita tak mendapat segala kebaikan, kegembiraan dan kejayaan pada hari ini.
Kita sangat bersyukur. Rupa rupanya Allah lebih tahu apa yang kita tidak tahu.
Rupa rupanya Dia mahu memberikan kita sesuatu yang lebih hebat di masa akan datang.

Kita Bersyukur...

No comments: